Doa doa, Surat Yasin, Surat Al Waqiah, Asmaul Husna, Ayat Kursi, Juz Amma, Contoh Surat Lamaran Kerja, Proposal, Makalah dan Puisi

Friday, January 9, 2015

Cara Membaca dangan Teknik Membaca SQ3R

Teknik Membaca SQ3RTeknik  ini digunakan pada  tahap pelajar berpencapian baik dan mahir membaca. Tujuan menggunakan  teknik  ini untuk menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopori Robinson (1941).

S-SURVEY (Tinjau)

  1. Pelajar membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang  isi  bacaan  mengikut  pemahamannya  sendiri.  Pelajar  bebas dalam  erti  kata  menanggap  apa  yang  dibaca.  Pelajar  hanya memfokuskan/menumpukan  bahan/teks  kepada  tajuk umum/besar,  sub-tajuk,  gambar,  simbol,  ilustrasi,  grafik, pemenggalan teks.
  2. Teknik  bacaan  yang  sesuai  ialah  teknik  skimming  dan scanning.
Q-QUESTION (penyoalan / pertayaan)

  1. Pelajar menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks.
  2. Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh pelajar tentang topik/isu dalam teks.
  3. Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi.
  4. Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar.
  5. Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari jawapan – peramalan jawapan yang paling relavan.R-READ (Baca)
  6. Pelajar dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.
  7. Dalam masa yang sama pelajar cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi.
  8. Dalam masa yang sama juga, pelajar boleh menyenaraikan soalan tambahan.
  9. Sepanjang masa membaca, pelajar boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan.
  10. Di samping itu pelajar boleh bertukar-tukar fikiran dengan sama ada menerima atau menolak konsep maklumat yang dibaca. Hal ini bererti pelajar tidak semestinya menerima semua maklumat yang terdapat dalam
  11. teks.R-RECITE (Imbas kembali)
  12. Setelah  pelajar  membaca  keseluruhan  teks/bahan,  pada peringkat  ini  pelajar  dikehendaki  mengingat  kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks.
  13. Pelajar menyenaraikan maklumat  yang  berkaitan  dengan soalan  atau  tugasan.    Seterusnya  pelajar  dapatlah menjawab  semua  soalan  tugasan  berdasarkan  maklumat dalam teks.
  14. Di  samping  itu  pelajar  juga  boleh  memberikan  jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat teks.  Pelajar  boleh  membandingkan  ketepatan  jawapan mereka.

 R-REVIEW (Baca semula)

  1. Pada  peringkat  ini,  pelajar  dikehendaki  membaca  semula soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat.
  2. Peringkat  ini adalah untuk pengesahan kepada  jawapan yang ada pada peringkat recit (imbas kembali) di atas.
  3. Pastikan bahagian  tertentu  sudah dijawab berdasarkan  fakta dan maklumat dalam teks.
  4. Pelajar jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question / pertanyaan. 
Melalui  proses  teknik  SQ3R,  pelajar memperoleh maklumat yang tepat, cepat, dan dapat menyelesaikaan tugasan secara berkesan.
Facebook Twitter Google+
 
Back To Top