Bacaan Doa Tidur dan Bangun Tidur September 2024
Do’a Sebelum Tidur |
BismikaAllahumma ahya wa amutu
Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
Do’a Bangun Tidur :
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Do’a Bangun Tidur |
Alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Artinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit
Kedua-dua do’a tersebut di ambil daripada hadis sahih riwayat Muslim, dari Bara’ katanya :
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ قَالَ اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَحْيَا وَبِاسْمِكَ أَمُوتُ وَإِذَا اسْتَيْقَظَ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
“Bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, apabila mulai berbaring di tempat tidurnya membaca: “Allaahumma Bismika Ahyaa waamuutu” (Ya Allah, dengan Nama-Mu, aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati). Dan apabila bangun, beliau membaca: “Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur” (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan).” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam do’a-do’a di atas, Nabi s.a.w. mengingatkan kepada kita akan adanya hari kebangkitan setelah kematian sebagaimana manusia bangun dari tidurnya. Kerana, hikmah do’a ketika hendak tidur adalah agar penutup amal berupa zikir kepada Allah dan hikmah do’a bangun tidur adalah agar amal pertama kali adalah mengingat tauhid dan ucapan yang baik.
Jika kita bangun daripada tidur sebelum masuk subuh kerjakanlah solat tahajjud dua rekaat dirumah dan bersiap-siaplah ke masjid atau surau untuk solat subuh berjemaah. Kerana pahala solat subuh berjemaah lebih baik 27 kali lebih baik daripada solat dirumah. Pahala solat subuh berjemaah juga seolah-olah kita beribadah sepanjang malam.
Itulah informasi mengenai Bacaan Doa Sebelum Tidur dan Bangun Tidur .Semoga dapat bermanfaat bagi kita semua.